• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ditahan Kes Lempar Batu Bas Penyokong Kedah

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki bermotosikal melempar batu ke arah bas penyokong Kedah di Jalan Datuk Keramat, di sini selepas perlawanan bola sepak Liga Super malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di negeri ini, antaranya di daerah Timur Laut dan Seberang Perai dari pukul 2 pagi hingga 8 pagi ini.

“Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, bas persiaran yang membawa 40 penyokong Kedah dalam perjalanan pulang ke Alor Star. Ketika melalui Jalan Datuk Keramat, kira-kira 15 hingga 20 motosikal mengekori rapat bas tersebut.

“Mereka yang dipercayai penyokong pasukan Pulau Pinang membaling batu ke arah bas itu sehingga sebahagian cermin kiri dan kanan retak, lampu belakang pecah dan badan bas kemek,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian selepas perlawanan yang menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Kedah 3-2 itu menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kereta peronda polis terpaksa mengiringi bas tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Mior Faridalatrash berkata pemandu bas berusia 31 tahun itu membuat laporan polis dan mendakwa kerugian lebih RM20,000. Tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata keenam-enam lelaki termasuk dua penjawat awam itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal mereka dan polis telah mengenal pasti 10 lagi motosikal yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kesemua yang ditahan itu akan direman esok dan polis meminta mereka yang terlibat dalam kejadian itu supaya menyerah diri,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada provokasi antara penyokong Kedah dan Pulau Pinang sejak dari dalam stadium.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash berkata polis telah mengenal pasti beberapa lelaki dipercayai penyokong Selangor yang membaling bom asap sehingga mencetuskan kekecohan pada perlawanan Liga Super ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, Ahad lepas.

Isnin lepas, terdapat rakaman video yang menjadi viral menunjukkan penyokong Selangor mencetuskan kekecohan di Stadium Bandaraya di sini. – BERNAMA

Tags: penyokong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

Next Post

Aksi Lucu Abang Terlajak Laris Dengan Kucingnya Dody

Related Posts

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Lebih 800 individu hadir di pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

Next Post

Aksi Lucu Abang Terlajak Laris Dengan Kucingnya Dody

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd