JOHOR BAHRU – Empat orang dipercayai warga Indonesia lemas dalam kejadian bot karam di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Azlan Mohd Sobri berkata mereka terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki.
Beliau berkata seramai 33 orang yang lain, lapan wanita dan 25 lelaki terselamat.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 malam tadi, katanya dan menambah operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan.
Sementara itu Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata bot berkenaan dipercayai cuba masuk ke Malaysia. – BERNAMA

