• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tagih Pokemon GO ‘Melarat’ Ke Kaabah, Masjidil Haram

oleh
31/07/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Fenomena permainan peranti kontroversi, Pokemon GO nampaknya terus menjadi ‘kegilaan’ ramai hingga ada pemain terbawa-bawa ke tapak paling suci umat Islam di Makkah.

Menurut laman berita albawaba memetik portal tempatan, Arab News, sebilangan pemain Pokemon GO ‘bersaing’ satu sama lain di sekitar gerbang Masjidil Haram dan kiblat umat Islam iaitu Kaabah sendiri.

Tindakan bermain Pokemon GO dalam kawasan Masjidil Haram dan banyak lokasi ibadah lain di rumah Allah SWT itu rata-rata dianggap sebagai satu pencabulan biadap terhadap kesuciannya yang dipelihara sejak ribuan tahun.

Sheikh Abdullah Al-Munea, anggota Majlis Ulama Kanan Saudi, memberitahu Arab News bahawa permainan itu membahayakan keselamatan negara kerana ia konon bertujuan bongkar lokasi rahsia persembunyian raksasa.

Tindakan itu malahan dianggap satu bentuk penderhakaan dan apabila wartawan Arab News mengunjungi Makkah, ia mendapati salah satu ‘medan persaingan’ Pokemon GO sebenarnya ditempatkan atas binaan Kaabah itu sendiri.

Tagih Pokemon GO 'Melarat' Ke Kaabah, Masjidil Haram

Di sekitar mataf baharu, lima pemain didapati leka bermain Pokemon GO dan bilangannya terus bertambah, bahkan lokasi bagi mendapat ‘point’ ganjaran dan watak-watak raksasa didapati terletak di hadapan gerbang masjid suci itu.

Namun, hakim sebuah mahkamah rayuan tempatan yang juga anggota Majlis Syura, Sheikh Issa Al-Ghaith, memberitahu Arab News bahawa: “Secara umum saya tidak fikir ada apa-apa yang haram tentang permainan ini.”

Beliau merujuk tindakan pemain mahu ‘menemui’ watak-watak Pokemon di atas Kaabah dan sanggup bermain permainan itu tanpa bergerak yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai sengaja menyasarkan umat Islam.

Ada mendakwa pencipta permainan itu memang mahu menghancurkan ajaran Islam dengan menempatkan watak-watak Pokemon dalam masjid-masjid tertentu namun hujah itu ditolak seorang pakar permainan, Nawaf Shaheen.

Beliau malah berkata kepada Arab News, Pokemon GO hanyalah permainan hiburan biasa yang juga menggunakan perkhidmatan aplikasi bank data daripada sebuah lagi permainan gajet lama kurang popular, Ingress.

Tagih Pokemon GO 'Melarat' Ke Kaabah, Masjidil Haram

“Ia hanya mahu para pemain mengenal pasti pelbagai lokasi penting yang tertentu dalam bandar mereka dengan meletakkan raksasa konon cuba bersembunyi di situ. Antaranya termasuk hospital, pasar dan masjid,” katanya.

Pakar teknologi dan anggota rakan kongsi di Microsoft Saudia, Suhaib Khairallah, dipetik Arab News sebagai berkata, Pokemon GO tidak disediakan secara rasmi di Arab Saudi atau kebanyakan negara Asia Barat lain.

Bagaimanapun ia masih boleh lagi dimuat turun oleh ramai pengguna tempatan tanpa menghadapi masalah besar dan menjelaskan: “Mana mungkin ia dicipta untuk menyasarkan khusus kepada orang Islam semata-mata?”

Watak-watak Pokemon GO dikatakan banyak dijumpai di pelbagai masjid, pasar dan restoran di Arab Saudi kerana permainan itu meliputi tempat-tempat yang menyaksikan tumpuan ramai orang melakukan aktiviti harian.

Baru-baru ini Majlis Ulama Kanan Arab Saudi memperbaharui fatwa lebih sedekad lalu sebagai asas pengharaman Pokemon GO kerana didapati mengandungi unsur pemujaan syirik dan risiko mudarat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiPokemon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd