• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton ‘Ertiga’ MPV Terbaharu Usaha Sama Suzuki

oleh
21/07/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Suzuki Indomobil Sales (SIS) sudah bersiap sedia memenuhi pesanan eksport keluaran terbaharu Proton ke Malaysia yang diadaptasi daripada model popular sedia ada Suzuki Ertiga.

Menurut laporan akhbar berpengaruh Kompas pada Rabu, model jenis Completely Knock Down (CKD) atau pasang terurai bahagian itu bakal dikeluarkan oleh kilang tempatan Suzuki di Cikarang, wilayah Jawa Barat dekat sini.

Ertiga yang dihasilkan sejak 2012 turut dikenali di Indonesia sebagai Mazda VX-1 dan ia bakal dibawa ke pasaran Malaysia atas permintaan Proton. Ketika ini, pihak SIS dilaporkan menunggu jumlah pesanan unit oleh Proton.

Suzuki dari Jepun dan Proton sudah menandatangani memorandum persefahaman pada Jun 2015, yang membuka peluang kelahiran model baharu Kenderaan Pelbagai Guna atau MPV buat jenama nasional dari Malaysia itu.

Proton 'Ertiga' MPV Terbaharu Usaha Sama Suzuki

Susulan usaha sama tersebut, pada Januari 2016, SIS mengumumkan menjadi pihak yang memenuhi permintaan eksport CKD model Ertiga kepada Proton dengan sasaran pesanan mungkin boleh mencapai 1,500 unit setiap bulan.

“Memang sudah ada kemajuan. Cuma kami sekarang menunggu pengesahan tempahan rasmi daripada Malaysia yang dijangka dalam minggu depan,” kata wakil Pengarah Pelaksanaan SIS, Davy Jeffry Tuilan kepada Kompas.

Ia juga merupakan kali pertama SIS melakukan eksport Ertiga dalam bentuk CKD kerana selama ini penghantaran model tersebut dilakukan secara Completely Built Up (CBU) atau pasang lengkap sepenuhnya ke luar negara.

Model MPV dengan tujuh penumpang itu berjaya dieksport ke pasaran Filipina, Thailand dan Vietnam sejak tahun lalu yang masing-masing berjumlah antara 800 sehingga 1,000 unit tempahan diterima oleh SIS setiap bulan.

Proton 'Ertiga' MPV Terbaharu Usaha Sama Suzuki

Ertiga yang juga diberi gelaran sebagai ‘mobil sejuta umat’ di Indonesia merupakan model MPV paling popular di republik tersebut malah berjaya mengatasi Toyota Avanza hanya dalam masa setahun selepas ia dilancarkan.

Kompas melaporkan Ertiga bakal dijual dengan logo baharu Proton untuk pasaran Malaysia sekali gus menyaksikan ia diberi nama lain yang belum diketahui lagi dan dijangka memberi pilihan MPV selain model Exora sedia ada.

MPV terbaharu Proton ini akan memberi saingan sengit kepada model Perodua Alza khasnya bagi segmen pembeli dengan latar belakang profil ramai ahli keluarga dan memerlukan kereta besar namun masih pada harga berpatutan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, pernah menyatakan model Ertiga versi Proton akan dilancar Oktober depan selepas Perdana generasi keempat dirasmikan pada Jun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ProtonSuzuki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rozita Che Wan Belum Sedia Berhenti Berlakon

Next Post

Hospital Tanggung Kos, Jika Lahir Anak Perempuan

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat...

Next Post

Hospital Tanggung Kos, Jika Lahir Anak Perempuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd