• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira

oleh AK-47
19/07/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Dira Abu Zahar kini mencabar dirinya untuk melangkah ke satu cabang seni yang lain iaitu bergelar seorang pengarah teater.

Untuk julung kalinya, Dira bakal mengarahkan satu teater muzikal berskala besar, Mencari Sumaiyah yang bakal dipentaskan bermula 8 hingga 14 Ogos ini bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.

Menurut Dira, naskhah teater ini merupakan hasil kerjasama syarikat produksinya, Hyper Pictures Sdn. Bhd. dan Tall Order Sdn. Bhd.

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira
Dira Abu Zahar

“Ini merupakan pengalaman pertama saya mengarahkan teater. Teater Mencari Sumaiyah ini mengisahkan mengenai ‘women empowerment’ yang mana memaparkan nilai-nilai persahabatan, perpaduan dan kegigihan di kalangan wanita.

“Naskah ini memang saya nak tunjukkan semangat seorang wanita, bukan balik-balik kisah wanita kena pukul, nampak lemah di mata penonton. Sebaliknya, saya cuba bawa tema yang boleh mengangkat semangat seseorang wanita itu dalam memajukan diri mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Teater Mencari Sumaiyah, di sini hari ini.

Selain Dira, Hans Isaac turut berperanan selaku Pengarah Kreatif untuk pementasan teater ini dan skrip merupakan hasil idea Junad M.Nor.

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira

Barisan artis yang terlibat dalam teater muzikal ini pula terdiri daripada Afdlin Shauki, Erra Fazira, Sherry Al-Hadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Aisya Hasnaa.

Mencari Sumaiyah mengisahkan tentang empat orang tukang jahit, Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi dalam merealisasikan impian mereka untuk bergelar tukang jahit terkemuka.

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira
Peneraju Teater Mencari Sumaiyah, dari kiri, Aisya Hasnaa, Sherry Al-Hadad, Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Afdlin Shauki dan Ruzana Ibrahim.

Mencari Sumaiyah Buah Tangan Pertama Dira

Dalam keempat-empatnya mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian. Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah ikatan persahabatan di antara mereka akan terlerai?

Semuanya akan terjawab dalam teater Mencari Sumaiyah yang akan dipentaskan bermula 8 hingga 14 Ogos ini.

Tiket-tiket berharga RM40, RM60, RM80, RM100, RM130 dan RM150 boleh didapati menerusi laman sesawang www.airasiaredtix.com atau anda boleh hubungi talian 03-40265558 untuk maklumat lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebrititeater
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd