PERANCIS – Lelaki yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kejam keatas seorang anggota polis dan pasangannya dalam kejadian di Magnanville, kelmarin, sempat memuat naik video ‘luahan’ ketika berada di rumah mangsa.
Menurut laporan Metro.co.uk, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Larossi Abballa, 25, bermonolog selama 12 minit dan kemudian memuat naik videonya itu di laman facebook.
Dalam rakamannya, dia mengatakan; “Kami (IS) akan datang dan mencari anda seperti bagaimana kami menemui rumah polis ini. Kami juga akan melakukan kejutan di Uero dan setakat ini sahaja apa yang boleh kami katakan,”.
Suspek yang juga merupakan pengikut kumpulan militan Negara Islam (IS) itu dilaporkan menikam timbalan ketua polis daerah, Mureaux, di luar rumah mangsa.
Kemudian dia menjadikan isteri mangsa, Jean-Baptiste, 42, serta anak lelaki pasangan itu yang berusia tiga tahun sebagai tebusan.
Abballa bagaimanapun ditembak mati oleh sepasukan polis yang menyerbu rumah itu setelah cuba melakukan rundingan dengannya, namun gagal.
Kejadian pembunuhan ini merupakan sehari sebelum kejadian serangan tembakan di sebuah kelab di Orlando yang turut didalangi seorang pengikut IS, Omar Mateen.
Polis masih belum dapat memastikan motif serangan itu namun Abballa pernah dipenjara tiga tahun pada 2013 kerana terbabit dengan kumpulan pelampau Pakistan. -MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro.co.uk