GARA-GARA bising kerana menangis tanpa henti, seorang ibu tergamak menampar dan menekup mulut anak kecilnya yang berusia dua tahun, dalam satu kejadian di restoran Mcdonald’s di Jepun.
Kejadian yang berlaku di premis makanan segera cawangan Katsushika-ku itu dirakam salah seorang pelanggan yang singgah bersama rakannya ke sana untuk minum kopi.
Menerusi visual, wanita dipercayai warga Filipina dilihat menampar muka anak perempuannya beberapa kali selain menekup mulut anak kecil itu sehingga hampir terbaring, sambil diperhatikan kakaknya.
Menurut saksi yang juga pemuat naik video, Cesia Meria, dia begitu terkejut dengan tindakan ibu berkenaan yang turut menyumbat tisu ke dalam mulut anaknya agar dia berhenti menangis.
“Amat terkilan melihat bayi itu dipukul secara berterusan dan mulutnya disumbat dengan tisu.
“Saya berhenti merakam video ini dan melambai-lambai pada bayi itu sambil buat muka kelakar. Dia berhenti menangis dan merenung saya dengan mata berair.
“Saya cuba ambil perhatian bayi itu dan syukurlah dia akhirnya berhenti menangis,” tulis Maria bersama posting videonya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Newsgraph

