• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan 5 Anggota Keluar Parti Tidak jejaskan Semangat UMNO

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Tindakan lima anggota UMNO kawasan Sungai Besar menyertai PAS petang tadi, langsung tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang kerusi berkenaan, Sabtu ini.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu adalah bukti kebebasan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Terpulanglah kepada mereka…yang pasti perkara tersebut tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN menang di kawasan Parlimen Sungai Besar.

“Paling penting bagi saya adalah disiplin dan perkara tersebut adalah perkara yang menjamin keutuhan dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa LKIM bersama media, di sini hari ini.

Petang tadi, lima anggota UMNO termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Muara Sungai Limau, Rosli Semin mengumumkan menyertai PAS di Markas PAS Simpang Lima, di sini.

PRK Sungai Besar pada Sabtu ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman dengan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, manakala Amanah mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dan kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai BesarUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd