• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Virus Zika Dikesan Setakat Ini Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada virus Zika yang dikesan di Malaysia setakat ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata bagaimanapun, kementerian tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan menguji mana-mana sampel denggi bagi mengelakkan penularan penyakit bawaan nyamuk itu ke negara ini.

“Sehingga Jun, 404 sampel denggi telah diuji tetapi tiada kes denggi.

Namun kementerian telah mengambil dan menguji sampel itu untuk ujian berkaitan virus Zika. Didapati semua sampel itu negatif,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah.

Dr Hilmi berkata sehingga Jun, 173 pelawat dan pelancong yang berkemungkinan terlibat dengan virus Zika juga telah disaring sebaik tiba di mana-mana lapangan terbang antarabangsa negara.

“Kesemua pintu masuk memang ada kawalan. Mana-mana kes yang disyaki, kami akan bertindak dengan membawa mereka ke pusat kesihatan di lapangan terbang,” katanya.

Negara yang disahkan terlibat dengan virus itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Curacao, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, Guiana Perancis, Guadaloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Surinam, Virgin Islands (Amerika Syarikat) dan Venezuela. – BERNAMA

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd