• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Lantik Pemangku MB Negeri

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tiada keperluan untuk melantik pemangku jawatan Menteri Besar Kedah kerana proses pentadbiran negeri masih berjalan seperti biasa, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din.

Malah beliau berkata semua program dan aktiviti yang dirancang sebelum ini tetap dijalankan seperti biasa dengan kehadiran anggota exco kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Setakat ini sekiranya ada isu yang boleh ditentukan oleh pejabat pentadbiran, saya akan buat keputusan dan jika perlu, perbincangan bersama semua ahli exco akan diadakan.

“Tetapi sekiranya isu tersebut sangat penting baru saya akan berjumpa dengan beliau, namun kalau boleh kita tidak mahu mengganggu proses pemulihan beliau,” katanya selepas majlis pelancaran Misi Prihatin Inovasi Sosial di Wisma Darul Aman, hari ini.

Ahmad Bashah masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan akibat komplikasi usus pada 6 Jun. Sebelum itu beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun.

Terdahulu, Bakar melepaskan konvoi Misi Prihatin Inovasi Sosial yang disertai pegawai daripada 12 bahagian pentadbiran di bawah pejabat SUK Kedah untuk membantu golongan sasar yang terdiri daripada pesakit-pesakit terlantar di 12 daerah seluruh Kedah.

“Program julung kali diadakan ini akan menggerakkan setiap unit pentadbiran untuk pergi ke satu daerah bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan keperluan perubatan seperti ubat-ubatan dan kerusi roda.

“Menteri besar telah memberi peruntukan sebanyak RM120,000 dan setiap daerah diperuntukkan dengan RM10,000. Seramai 240 pesakit akan menerima bantuan kali ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pemandu Karpal Singh Dibebaskan

Next Post

PAS: Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

Next Post

PAS: Budaya Politik Matang Dan Sejahtera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd