KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan menafikan dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kononnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah sengaja meninggalkan sekumpulan gelandangan di beberapa tempat di luar kawasan ibu kota.
Menurut Loga Bala, dakwaan kononnya kumpulan gelandangan itu ditahan oleh anggota DBKL dalam satu operasi di ibu kota baru-baru ini juga tidak benar memandangkan operasi itu dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) manakala DBKL hanya menyediakan bantuan dua buah lori dan beberapa petugas.
“Sekiranya ada agensi yang ingin memohon bantuan logistik daripada DBKL, memang kami akan berikan. – BERNAMA

