• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teruskan Momentem Kemenangan Sarawak Di Sg. Besar

oleh Ahmad Albab
07/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Mei lepas wajar dijadikan pendorong oleh Budiman Mohd Zohdi dan jentera parti bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berharap pengundi akan memberi peluang kepada calon BN meneruskan legasi penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, memandangkan beliau sudah membuktikan perkhidmatannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

“Angin dari Sarawak masih bagus, jadi saya harap kalau di sini (Sungai Besar) calon Budiman dapat ‘dijangkiti’ angin dari sana,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Hello Komoditi Sungai Besar di sini hari ini.

PRK itu menyaksikan Budiman ditentang calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini diadakan berikutan kematian Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Batang Sadong itu berkata pengundi di Sungai Besar perlu memahami rasional mengapa pengundi di Sarawak tetap memilih BN walaupun pembangkang mencuba pelbagai cara untuk memburukkan parti itu.

“Orang Sarawak tetap memilih BN kerana mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kita sudah melihat sendiri kawasan bukan di bawah kerajaan (BN) calon-calon hanya cerita mengenai politik, kita sekarang bukan nak cerita pasal politik tetapi kita nak cerita tentang apa boleh kita lakukan untuk bantu rakyat.

Justeru, saya harap pengundi Sungai Besar bijak mengundi, jangan terlalu melihat kepada politik kerana orang yang berpolitik ini kita tidak dapat keuntungan. Yang dapat keuntungan ialah orang yang bijak kerana dia tahu dia pilih parti yang menerajui kerajaan yang boleh bantu mereka untuk naik taraf kehidupan,” katanya.

Nancy turut menepis andaian bahawa kehadiran beberapa menteri kabinet ke Sungai Besar bagi membantu calon BN menunjukkan parti itu menjangkakan pertarungan sengit pada PRK berkenaan.

“Maka, ia adalah normal (untuk membantu) bukan kerana jangkaan pertarungan sengit … kami perlu bekerja keras kerana tiada pilihan raya yang mudah tanpa perlu bekerja keras.

Justeru, mengapa tidak kami membantu. Ini adalah masa kami memberitahu rakyat apa yang telah kami buat untuk mereka, katanya. – BERNAMA

Tags: Nancy ShukriPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd