• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Pakistan Dan Afghan Bertempur Singkat

oleh AK-47
13/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORKHAM – Tentera Pakistan dan Afghanistan terlibat dalam perang singkat di sempadan utama di Torkham dari semalam hingga awal tengah hari tadi.

Seorang tentera Afghanistan terbunuh dan enam yang lain cedera manakala seorang tentera Pakistan cedera.

Kedua-dua negara saling menyalahkan satu sama lain sebagai penyebab pertempuran.

“Pada masa ini kami telah bersetuju dengan gencatan senjata dengan Pakistan. Kami berharap masalah ini akan berakhir melalui saluran diplomatik,” kata ketua eksekutif Kerajaan Afghanistan, Abdullah Abdullah, melalui Twitter, seperti dilaporkan Reuters hari ini.

Hubungan kedua-dua negara yang berjiran ini tegang dalam beberapa bulan terakhir. Kabul menuduh Islamabad menyembunyikan gerila yang berusaha untuk menggulingkan Kerajaan Afghanistan, termasuk ahli rangkaian Haqqani.

Sedangkan Pakistan membantah ia menyokong militan. Sebaliknya, Pakistan mendakwa sedang membina gerbang sempadan di dekat Torkham, sebuah bandar di Pakistan yang berdekatan dengan sempadan Afghanistan untuk mencegah gerila keluar masuk dari Afghanistan ke Pakistan.

“Dalam rangka untuk menyemak gerakan pengganas melalui Torkham, Pakistan sedang membina sebuah gerbang di pihak sempadan (kami) sendiri sebagai keperluan untuk menyemak pergerakan yang tidak diingini dan menyalahi undang-undang,” kata tentera Pakistan dalam satu kenyataan.

“Pasukan keselamatan Pakistan bertindak balas tembakan Afghanistan secara berkesan,” lanjut kenyataan itu.

Sementara itu, komander polis di sempadan Afghanistan timur, Ayub Hussainkhil berkata, pertempuran di Gerbang Torkham berhenti pada pukul 5.00 pagi hari pada hari Isnin.

“Kami telah menerima kekuatan dan bersedia untuk mempertahankan negara kami sampai titik darah terakhir dalam tubuh kami,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pakistanperang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

Presiden Iran Umum Tamatkan ‘Perang 12 Hari’

25/06/2025
0

TEHRAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam mengumumkan penamatan 'perang 12 hari' yang dicetuskan oleh Israel. Dalam perutusan kepada seluruh negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd