• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tebusan RM12j: Abu Sayyaf Dakwa Hanya Terima RM8.8j

oleh AK-47
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI keluarga dan rakan-rakan empat pelayar warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf pada April lalu telah membayar jumlah jaminan tebusan sebanyak P130j (RM12j), namun hanya P100j (RM8.8j) sahaja yang diterima militan ekstremis Islam itu, menurut laporan akhbar Manila Times.

Bahagian wang yang ‘hilang’ itu telah menimbulkan syak wasangka bahawa puak pengganas itu mungkin bersekongkol dengan pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan Filipina untuk berkongsi jumlah baki wang tersebut antara mereka.

Menurut dua pegawai berpangkat tinggi yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan Filipina, pembayaran wang tebusan itu telah disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Isu ini telah menjadi topik perbualan hangat di Malaysia. Pembayaran wang tebusan ini sedang rancak dijadikan tajuk-tajuk akhbar namun yang peliknya, ia masih belum mendapat perhatian media Filipina.

“Kami mendapat maklumat bahawa kumpulan Abu Sayyaf amat marah apabila mengetahui daripada laporan berita bahawa jumlah wang yang sepatutnya diberi bernilai RM12j, namun mereka menerima RM3.2j kurang daripada jumpah yang diuar-uarkan,” kata seorang pegawai kerajaan Filipina.

Persoalannya, di mana perginya duit itu?

Seorang lagi sumber mengandaikan bahawa mungkin seorang pegawai kerajaan tempatan di Sulu terlibat dalam proses rundingan tersebut.

“Di Malaysia, dalam insiden terdahulu umum mengetahui bahawa biasanya jumlah P30j (RM2.64j) dibayar sebagai tebusan tidak kira berapa orang mangsa culik yang terlibat. Namun, jumlah RM12j itu merupakan nilai tertinggi setakat ini,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menafikan bahawa wang tersebut dibayar untuk menebus empat lelaki Sarawak terbabit.

Selain itu, pihak polis turut mengatakan bahawa kumpulan militan yang berpangkalan di Filipina itu telah menerima tekanan untuk membebaskan keempat-empat tawanan tersebut oleh kerana pengharaman penukaran barter yang dikenakan di selatan Filipina.

Bagaimanapun, Zahid menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan keempat-empat mangsa tersebut.

Beliau berkata, tiada rundingan berkaitan pembayaran di antara pihak polis Malaysia-Filipina de­ngan kumpulan penculik.

Zahid juga telah membuat pengakuan secara umum bahawa wang berjumlah RM12j itu dibayar untuk membebaskan pasangan adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny, 21; dan rakan sekerja mereka, Wong Hung Sing, 34, digunakan untuk tujuan membantu pertubuhan bukan kerajaan di Filipina bagi tujuan kebajikan.

Keempat-empat mereka, yang merupakan krew bot penunda MV Massive 6, telah diculik di perairan Pulau Ligitan pada 1 April oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menaiki motobot. – MYNEWSHUB.CC

Tags: abu sayyaftebusanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd