• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Utama Kes Tembak Ditembak Mati

oleh Ahmad Albab
29/06/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Seorang suspek utama kes tembak dua lelaki di Sunway Batu Caves minggu lepas, ditembak mati oleh polis di kawasan perumahan USJ 11/1D, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sebelum kejadian pukul 12.10 tengah itu, polis mendapat maklumat orang awam mengenai kehadiran suspek dalam keadaan mencurigakan dalam kereta Proton Wira di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, ketika polis memperkenalkan diri, suspek berusia 37 tahun itu cuba mengacukan pistol ke arah anggota menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai badan suspek.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Glock beserta tiga butir peluru serta kereta yang digunakan suspek adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kepong pada 12 Jun lepas,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Selain itu, katanya lelaki berkenaan turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan lima kes dadah, satu kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dan merupakan bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Abdul Rahim berkata suspek turut dipercayai terbabit dalam lebih 12 kes samun bersenjata api di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Berhubung kes tembak di Batu Caves, polis percaya motif kejadian itu kerana mangsa telah memeras ugut suspek sebelum dia bertindak menembak kedua-dua mangsa,” katanya.

Katanya pihaknya sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang terlibat dalam kes tembak itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Pada 21 Jun lepas, dua lelaki cedera ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves, ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berusia 30 dan 34 tahun yang memandu kereta berasingan, cedera di bahagian pipi dan kepala. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd