• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudahlah Pas, PAN..! DAP Bersorak Tepi Bong Ayam Laga

oleh AK-47
07/06/2016
dalam Hangat, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK kiralah siapa ayam tambatan, tetapi kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kini bertukar jadi bong ayam laga. Kebetulan semua tujuh calon bertanding adalah Islam Melayu malah mewakili parti Islam Melayu.

Hubungan tegang PAN selaku parti serpihan dengan Pas bukan isu baharu. PAN dibentuk oleh kumpulan protes dalam Pas yang kalah teruk dalam pemilihan parti.

Tidak kiralah apa label yang dicetak terhadap kumpulan yang kalah; sama ada moderat, liberal, pro DAP mahu pun kapitalis Islam. Itu hanya label dan label dalam politik Malaysia memang selalu tragik dan penuh tragedi.

Mat Sabu dan rakan-rakan PAN keluar Pas dalam keadaan berpatah arang. Kalau dulu jurang perbezaan ideologi umpama sebatang parit dalam parti, namun kini setelah berpecah menjadi dua parti, jurangnya meluas umpama muara.

Apa yang cuba dibincangkan ialah, sama ada PAN menganggap dirinya sekutu dalam Pakatan Harapan (PH), serta Pas pula membentuk blok ketiga bersama Ikatan, perbezaan politik janganlah sampai menjadi perseteruan yang memecahbelahkan umah.

Bukan mustahil Pas dan PAN kembali bergabung. PAN sekarang mungkin dirai rakan PH terutama DAP sebagai sandaran meraih sokongan atau memecah dominasi undi Pas.

Namun, selepas PRU 14, sekiranya prestasi PAN sama seperti di PRN Sarawak, pasti sekelip mata PAN akan menjadi ibarat kain buruk pada DAP.

Tanpa kerusi, tanpa pengaruh untuk menjadi ayam laga menjatuhkan Umno dan Pas, PH akan menganggap PAN hanya bagasi sarat beban.

Pada Hari Penamaan Calon PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, terlihat meriah dengan suasana mesra antara tiga parti bertanding. Cuma dalam silang hubungan dua parti, terdapat rungutan sesama pemimpin Pas dan PAN; bahawa pemimpin-pemimpin kedua-dua parti saling tidak menjawab salam dan bertegur-sapa.

Tidak perlulah kita mencari salah siapa. Cuma eloklah kita beringat: Ini Ramadan Al Karim dan kita orang Islam. Berpadan-padanlah kalau pun hangat sangat suhu berkempen.

Jangan sampai hangat kerana diperalatkan orang bukan Islam. Janganlah sampai dibuang siratulrahim semata-mata kerana yang satu mesra DAP, dan yang satu pula sudah berpatah arang dengan DAP.

PAN dan Pas akan berdepan ujian besar dalam PRK kali ini. Ujian sebenar bukan ujian untuk menang PRK. Ujian yang menanti kedua-dua parti ialah: Dulu anda bersaudara. Kini berkelahi sesama sendiri.

Sekarang antara yang pro dan yang anti DAP. Apakah berbaloi, hingga perlu sampai ke tahap sanggup bergadai ikatan persaudaraan Islan?

Ini Ramadan! Takkanlah kerana politik, Ramadan diisytiharkan Bulan Permusuhan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPASPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MB Kedah Dipindahkan Ke Hospital Besar P.Pinang

Next Post

‘Apa Salahnya DAP Sokong PAN’ – Guan Eng

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

'Apa Salahnya DAP Sokong PAN' - Guan Eng

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd