SEBELUM ini heboh, apabila penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim dikatakan menerima kek bernilai RM50,000 sempena ulang tahun kelahiranya yang ke-30 tahun.
BACA: Wow Kek Rafidah Ibrahim Ini Berharga RM50 Ribu!
Hal itu menimbulkan persoalan ramai tentang apa yang membuatkan kek tersebut begitu mahal, sehinggakan nilainya boleh menyamai sebuah kereta Produa Myvi.
Tampil menjelaskan spekulasi itu, Fida memberitahu, kek bernilai RM50,000 itu adalah termasuk jam tangan yang dihiasi bersama kek berkenaan.
Menurut Fida atau nama sebenarnya Rafidah, jam tangan berjenama Rolex itu berharga lebih RM40,000 dihadiahkan oleh rakan seniaga pada 4 Jun lalu.
“Nilai kek RM50,000 itu termasuk harga jam yang dihias di atas kek tersebut, jam jenama Rolex itu hadiah istimewa daripada kawan-kawan rapat dan rakan kongsi bisnes saya.
“Manakala kek istimewa seberat 20 kilogram yang dihasilkan oleh Datuk Fazley Yaakob itu juga agak mahal dan eksklusif,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Rafidah, majlis sambutan ulang tahunnya itu dibuat tanpa pengetahuannya.
Dalam perkembangan lain, bakal membuka sebuah kilang kosmetiknya sendiri di Melaka selepas bisnes kosmetiknya iaitu Rsecrets mendapat sambutan menggalakkan. – MYNEWSHUB.CC