• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Amanah Sama Seperti Sokong DAP

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS menyifatkan pengundi yang menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sama seperti menyokong DAP.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali mendakwa ini kerana Amanah ditaja oleh DAP yang juga telah menyatakan sokongan terhadap calon Amanah untuk kedua-dua PRK itu.

“Sokong DAP ini sama macam sokong PAN (Amanah) juga, jadi kita tengoklah nanti,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pengakalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dalam konteks pilihan raya kecil, katanya PAS kini menghadapi suasana berbeza berbanding sebelum ini di mana perlu menghadapi saingan lawan yang lebih banyak.

Katanya, jika dahulu PAS hanya menentang calon Barisan Nasional (BN) menerusi pertandingan satu lawan satu, namun kini parti itu menghadapi saingan beberapa penjuru.

Mustafa berkata pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini, PAS bukan hanya akan menentang BN dan Amanah, tetapi juga DAP, walaupun parti itu tidak meletakkan calon di kedua-dua PRK berkenaan.

“Kita sudah lawan tiga sekarang ini iaitu BN, Amanah dan DAP. PKR tidak kerana masih bersama dengan kita, walaupun mereka bersama dengan Pakatan Harapan dan ini kita akan tengok nanti,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam ucapan penggulungannya pula berkata kedudukan PAS ketika ini amat mencabar terutama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

Katanya walaupun PAS masih mempunyai tahaluf siyasi dengan beberapa parti politik lain, namun kedudukan PAS kini seolah-olah bersendirian.

“Maka oleh sebab itu PAS mesti bekerja dengan bersungguh-sungguh di setiap kawasan supaya apabila kita turun untuk pilihan raya akan datang, kita turun dengan persiapan yang cukup,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata usul yang dicadangkan oleh Dewan Muslimat PAS berhubung tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR, akan dibawa ke Majlis Syura Ulama PAS.

“Ini (usul) tidak ke arah putus hubungan, (tapi) mungkin untuk tambah baik hubungan (antara PAS dan PKR). Apa bentuk hubungan sekarang ini yang perlu diperbaiki, kita ambil dari sudut positif. (Bagaimanapun) keputusan (tetap)
bergantung kepada Majlis Syura Ulama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas muktamar berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS pusat akan turun ke setiap kawasan bagi menerangkan kepada anggota parti mengenai dasar ‘Politik Matang dan Sejahtera.’

Beliau berkata penerangan itu akan memudahkan jentera parti di peringkat akar umbi mengenali politik gaya baharu yang dibawa parti berkenaan selepas ini. – BERNAMA

Tags: AmanahDAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TUDM Terima Dua Pesawat Pilatus PC-7 Mk II Semalam

Next Post

PAN Kata Salahkan PAS Tiga Penjuru

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

PAN Kata Salahkan PAS Tiga Penjuru

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd