USIA nyata tidak memudarkan rasa cinta pasangan warga emas Jim Russel dan isterinya Elinor.
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-57, Jim tampil dengan sesuatu yang istimewa.
Jika kebiasaannya para pasangan menyambut hari ulang tahun dalam suasana romantik atau candle light dinner di restoran-restoran mewah, Jim melakukan kejutan buat isterinya yang terlantar sakit di hospital dengan muncul mengenakan sepasang tuksedo bersama sejambak bunga dan sekotak coklat.

Berdasarkan foto yang dimuat naik cucu perempuan mereka Reid Russel di Twitter, jelas kelihatan cinta mereka sesuatu yang luar biasa.

Sambutan yang diadakan sangat sederhana namun istimewa. Mereka menghabiskan masa menonton rancangan kegemaran bersama iaitu Jeopardy dan Wheel Of Fortune.
Ulang tahun kali ini pastinya menjadi satu lagi kenangan terindah buat pasangan warga emas ini. -MYNEWSHUB.CC

