• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Awas & kejara Dikuat Kuasa Selepas Kelulusan Kabinet

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dikuatkuasakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Kabinet, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau menarik perhatian bahawa pindaan ke atas Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan sistem itu telah diluluskan Parlimen pada Mei lalu.

“Ia membolehkan kita melakukan pemotongan markah ke atas pemandu. Kedua-dua sistem dan undang-undang telahpun siap dan kertas Jemaah Menteri sedang diproses.

“Kita akan laksanakan sistem Awas dan Kejara sekali, dan kedua-dua sistem kini dalam proses penggabungan. Kita perlukan sedikit masa lagi untuk mendapat kelulusan Kabinet,” jelasnya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Peringkat Kebangsaan bersempena Aidilfitri 2016, di sini hari ini.

Menurut Liow, kedua-dua sistem itu sepatutnya dilaksanakan pada Mei lalu namun terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal dan juga kekangan berkaitan Akta JPJ dan pihak polis.

“Kita berharap ia akan memberi impak besar untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Ini satu langkah ke hadapan di mana banyak negara telah melaksanakan sistem-sistem seperti ini.

“Kita tidak boleh ketinggalan dalam usaha mengurangkan kadar kematian dan kemalangan jalan raya,” katanya.

Mengenai Ops Bersepadu, Liow berkata aktiviti penguatkuasaan JPJ akan bermula pada 29 Jun hingga 13 Julai 2016.

Terdahulu dalam ucapannya, Liow mengumumkan larangan ke atas kenderaan membawa muatan tertentu akan dikuatkuasakan JPJ dan polis sebelum Aidilfitri pada 2 dan 3 Julai, dan selepas perayaan pada 9 dan 10 Julai ini.

Beliau turut memberitahu bahawa had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri diturunkan 10km/j bagi tempoh 30 Jun hingga 13 Julai.

“Sehubungan itu, had laju bagi jalan persekutuan turun kepada 80km/j daripada 90km/j manakala bagi jalan negeri ia turun kepada 70km/j daripada 80km/j,” katanya. – BERNAMA

Tags: AESLiow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Dakwa Khalid Berbohong Tentang AES

07/02/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berbohong mengenai...

AES: “Sejak Dalam Kerajaan, Awak Sudah Berubah”

04/02/2019
0

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa cuba mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd