• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa Haram Makan Durian

oleh
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Fatwa yang konon dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan Singapura mengharamkan pemakanan durian dimuat naik ke sebuah laman web satira tempatan adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook Pejabat Mufti Singpura pada 21 Jun, Penolong Pengarahnya, Ustaz Irwan Hadi Mohd. Shuhaimy berkata, fatwa yang ditulis di laman Mufti News itu tidak benar sama sekali.

Menurut beliau, fatwa kontroversi yang dikeluarkan daripada laman tersebut jelas adalah berbaur satira malah bukan satu fatwa rasmi oleh Pejabat Mufti Singapura dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri.

Ustaz Irwan Hadi juga berkata tidak mungkin Mufti mahupun Pejabat Mufti republik tersebut mengeluarkan fatwa pelik seperti itu yang mengharamkan durian, kecuali jika ‘raja buah’ itu ada unsur memabukkan seperti air arak.

Beliau turut menggesa masyarakat Islam tempatan supaya memeriksa terlebih dahulu sebarang maklumat viral yang diterima atau dibaca melalui lelaman atau aplikasi media sosial dengan pihak pejabat berkenaan untuk kesahihan.

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa Haram Makan Durian

Beliau seterusnya menekankan: “Penting untuk umat Islam di Singapura belajar bagaimana untuk membezakan antara pengetahuan dan maklumat yang benar dengan penyebaran informasi berunsur satira secara online.

“Ini memerlukan kita untuk mengetahui dengan lebih terperinci apakah sumber-sumber ilmu yang boleh dipercayai, sama ada berasal daripada lelaman internet, individu tertentu ataupun buku-buku ilmiah.”

Pada 20 Jun lalu, laman satira Mufti News, memuat naik catatan konon menyatakan bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan pihak Jakim bersama-sama Majlis Mufti bersetuju untuk mengharamkan buah durian.

Agensi berita MediaCorp Singapura melaporkan, laman itu menyatakan, konon fatwa dikeluarkan susulan aduan beberapa individu Muslim tidak berpuas hati ada program bufet durian diadakan pihak tertentu pada Ramadan.

Pengadu terbabit merasakan bahawa syarikat yang menganjurkan acara bufet seumpama itu sengaja melakukan sedemikian hanya untuk menguji tahap iman mereka yang tengah berpuasa dengan aroma kuat bau durian.

Laman itu mendakwa bahawa Majlis Mufti mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan buah durian demi mengelak perbuatan sedemikian menjejaskan agama Islam dan kesucian bulan Ramadan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DURIANharamSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd