• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Pemimpin PAN Sanggup Permainkan Agama – PAS

oleh Ahmad Albab
10/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan semua pihak bahawa barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) terdiri daripada mereka yang sanggup membuat apa sahaja termasuk memfitnah demi meraih kuasa.

Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, disebabkan faktor itu beliau tidak terkejut dengan propaganda fitnah yang sedang dimainkan oleh PAN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Tegas beliau, propaganda fitnah oleh PAN itu sekadar menujukkan sikap yang pernah bekas pemimpin PAS terbabit cetuskan semasa mereka berada dalam PAS sebelum ini.

“Dahulu mereka menguasai. Buat pelbagai kaedah. Ada masa serang melulu lawan politik. Tetapi ada waktu lain mereka pukul diri sendiri untuk timbulkan simpati kononnya lawan memukul.

“Mereka sebenarnya tidak ada dasar berpolitik yang jelas. Agama pun boleh dimainkan mereka. Bayangkan permainan politik sebegini dilakukan terhadap rakyat?” katanya kepada pemberita hari ini.

Justeru, Mohd. Akmal berasa kesal kerana PAN yang sebenarnya mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini sanggup mencetuskan rasa tidak senang serta ketegangan dalam kempen mereka di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpinnya yang bertindak keluar parti selepas disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan PAS tahun lalu.

Mereka ditolak perwakilan PAS kerana didapati terlalu mengikuti telunjuk DAP serta taksub kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat seorang lelaki lain yang merupakan pembantu peribadinya. - MYNEWSHUB.CC

#PRKSUNGAIBESAR #PRKKUALAKANGSAR

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd