BARU-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim mengakui penyertaannya dalam program ‘Gempak Superstar’ banyak memberi perubahan positif dalam dirinya.
Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 33, berkata program tersebut membuatkan dirinya menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dan kreatif.
“Saya perasan berlaku banyak perubahan dirinya ke arah positif selepas sertai ‘Gempak Superstar’.
“Dulu saya selalu rasa tak yakin bila nak buat sesuatu benda, rasa macam risau takut ada serba tak kena.
“Gempak Superstar pun bukanlah satu program yang mudah, banyak cabaran yang saya kena lalui.
“Saya juga terpaksa melawan ketakukan untuk membuat persembahan di pentas.
“Saya memang cepat gementar bila berada di atas pentas lebih-lebih lagi ramai orang pandang dan beri fokus untuk lihat persembahan saya.
“Alhamdulillah, selepas mengikuti program itu saya dah boleh kawal takut saya, mungkin kerana terlalu kerap buat persembahan, jadi saya pun dah boleh biasakan diri dengan keadaan tersebut,†katanya.
Sherry ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Koleksi Benang Hijau, bertempat di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur baru-baru ini,
Laporan mengenai kerjayanya, Sherry memberitahu dia kini dalam proses menyiapkan single pertamanya yang bakal di keluarkan tidak lama lagi.
“Saya rasa bersyukur sangat sebab impian untuk menjadi penyanyi tercapai, dan kini saya sedang sibuk menyiapkan single pertama yang bakal muncul tidak lama lagi.
“Apa yang boleh saya katakan lagu single itu dalam kategori balada, tajuk lagu akan diberitahu kelak, kalau bocorkan sekarang tak ada kejutanlah nanti,†katanya kepada portal Astro Gempak.
Dalam aktiviti lain, Sherry kini selalu melibatkan diri dalam aktiviti amal sepanjang bulan puasa. -MYNEWSHUB.CC