• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Mahkamah Syariah Tak Beri Kesan Pengundi Bukan Melayu

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan Wanita Umno akan turun padang untuk memberikan penjelasan mengenai RUU tersebut kepada pengundi sewaktu berkempen di PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor.

“RUU ini mungkin akan menjadi isu tetapi kita akan memberi penjelasan. RUU tersebut sebenarnya bukan hudud seperti yang digempar-gemburkan oleh pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Festival India Global 2016 di sini, Khamis.

RUU itu dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Shahrizat turut merayu kepada pengundi agar terus memberikan mandat kepada calon BN bagi kedua-dua pilihan raya itu.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Datin Mastura Mohd Yazid merupakan calon BN di Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi, calon BN di Sungai Besar.

Mengenai Festival India Global itu, Shahrizat, yang juga Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, berkata festival kali ke-14 itu adalah platform terbaik bagi mendapatkan produk India di negara ini dengan harga berpatutan.

Beliau juga mengingatkan para usahawan supaya menghargai kestabilan dan keamanan negara yang mewujudkan suasana harmoni bagi mereka untuk menjalankan perniagaan.

Festival anjuran Agenda Suria Communication itu akan berlangsung sehingga Ahad ini di Tapak Pameran Mid Valley itu dengan mempamerkan pelbagai produk seperti tekstil, barangan perhiasan, makanan dan minuman melalui 300 tapak pameran.- BERNAMA

Tags: RUUShahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd