• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rekod Pedofilia Sertai Prog Kementerian Pelajaran

oleh AK-47
02/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran menafikan pedofil British, Richard Huckle, 30 sebagai salah seorang tenaga kerja di bawah Program Penutur Jati (Native Speaker) anjuran pihak itu antara tahun 2012 hingga 2015.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semakan mendapati Huckle juga tidak pernah terlibat dengan mana-mana program anjuran kementeriannya.

“Melalui semakan yang dibuat dalam Program Penutur Jati (Native Speakers) 2010-2015, tiada rekod untuk nama berkenaan.

“Semakan dalam Program ETA (English Teaching Assistants) dari 2012 hingga sekarang juga mendapati tiada nama seperti yang dilaporkan,” katanya seperti yang dikongsikan di laman sosialnya.

Sehubungan dengan itu, Mahdzir menafikan dakwaan yang mengatakan pedofil itu pernah terlibat dengan  mana-mana program guru Bahasa Inggeris anjuran KPM.

Huckle berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku terbabit dalam satu siri serangan seks ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Pedofil itu berdepan 91 pertuduhan termasuk terhadap 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur dan menjadikan bayi berusia antara enam bulan dan 12 tahun sebagai mangsa. -MYNEWSHUB.CC

Tags: pedofilpedofilia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

06/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, pada 20 Julai lalu,...

Polis Buru Lelaki Suspek Pedofilia

24/06/2021
0

PETALING JAYA - Polis memburu lelaki yang didakwa melakukan amang seksual ke atas dua kanak-kanak di Seksyen 19 di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd