• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Ubah Tuduhan `Lambat Mendapat Pampasan’

oleh Ahmad Albab
01/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar propaganda Pakatan Harapan, Rafizi Ramli tiba-tiba mengubah tuduhannya berhubung isu pampasan persaraan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pesara tentera daripada `gagal membayar’ kepada `lambat mendapat pampasan’.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR dipercayai mengubah `nada’ tuduhannya itu dalam satu kenyataannya hari ini berikutan tindakan LTAT menyerahkan writ saman dan penyata tuntutan yang telah difailkan di mahkamah ke atas beliau disebabkan tuduhannya itu.

“Walaupun kenyataan LTAT pada 30 Mac 2016 mengaitkan tindakan saman terhadap saya bersyarat jika saya gagal mengemukakan senarai pesara tentera yang lewat mendapatkan pampasan, nampaknya LTAT tidak patuh kepada syaratnya sendiri.

“Saya kesal kerana tindakan saya membela pesara tentera yang `lambat mendapat pampasan’ dijadikan alasan untuk menekan saya,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Portal berita propembangkang pada Mac lalu ghairah melaporkan tuduhan Rafizi berhubung isu pesara tentera yang didakwa masih belum dibayar caruman mereka oleh LTAT sejak tahun 2014.

Beliau dilaporkan percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera turut terjejas dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan.

Rafizi dalam kenyataan hari ini bagaimanapun mengakui beliau cuma mengemukakan senarai 110 pesara tentera yang belum menerima pampasan gratuiti kepada LTAT seperti yang dituntut pada 31 Mac lalu.

Beliau turut mengakui LTAT telah memaklumkan 69 dari pesara terbabit telah dibayar di antara 16 Mac 2016 dan 4 April 2016, dokumen bagi 23 pesara tentera baru diperolehi dari Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan pembayaran sedang diproses manakala Dokumen bagi 16 pesara belum diterima dari UGAT. – mynewshub.cc

Tags: LTATRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd