• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pengundian PRK Sg. Besar Tamat 5 Petang

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hari ini tamat selepas 28 pusat pengundian ditutup serentak pada 5 petang, sejak dibuka 8 pagi tadi.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Seri Bernam, di sini, selepas proses pengiraan undi selesai di pusat-pusat mengundi berkenaan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu sebanyak 75 peratus berbanding 88.30 peratus pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau juga berkata keputusan pengundian bagi kerusi Parlimen itu akan diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Cuaca baik pada sebelah pagi dan petang membolehkan proses pengundian berjalan lancar hari ini.

Sebanyak 42,365 pengundi biasa layak mengundi hari ini selepas 265 orang atau 92.6 peratus daripada 286 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Selasa lalu (14 Jun).

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi, calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK Kuala Kangsar: Pusat Pengundian Ditutup

Next Post

Tiada Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK Sg. Besar: Peti Undi Mula Tiba Di Dewan Seri Bernam

18/06/2016
0

SUNGAI BESAR - Peti-peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Seri...

Next Post

Tiada Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd