• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Besar, K.Kangsar: 598 Layak Undi Awal Selasa

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Seramai 598 orang anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di Selangor dan Kuala Kangsar, Perak pada Selasa ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata jumlah itu meliputi 312 orang pengundi awal bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, manakala 286 orang adalah pengundi dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.

Katanya, SPR akan membuka satu Pusat Mengundi yang terdiri daripada dua tempat mengundi (saluran) di Kuala Kangsar iaitu di Dewan Tun Salleh Ismail, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dan Bilik Mesyuarat, Balai Polis Manong.

Di Sungai Besar, dua pusat mengundi yang terdiri daripada dua tempat mengundi akan dibuka iaitu di Bilik Cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1, Sabak Bernam.

“Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR dan dakwat pilihan raya akan digunakan dalam proses itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Mohd Hashim berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

“Di samping itu, Pemerhati Tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga boleh memerhati proses tersebut dengan kebenaran masuk ke pusat-pusat pengundian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang. Kertas-kertas undi akan disimpan di lokap-lokap polis dan hanya akan dikira pada 18 Jun ini, katanya.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar, manakala Kuala Kangsar merekodkan 32,949 pengundi.

Pengundian akan diadakan serentak pada 18 Jun. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala KangsarPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd