• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Besar: Kempen Calon PAN Dibayangi DAP

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – ‘Boneka DAP’. Itu mungkin tanggapan umum kepada calon Parti Amanah Negara (PAN), Azhar Abdul Shukur, apabila kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar jelas dibayangi DAP.

Ini dapat dilihat menerusi pendekatan bersemuka dengan rakyat oleh Azhar, khususnya kawasan majoriti Cina yang terpaksa ‘mengusung’ pemimpin tertinggi DAP untuk sama-sama turun padang berjumpa masyarakat setempat.

Hasil tinjauan Bernama mendapati, usaha Azhar bertemu rakyat di Pasar Sari Selasa di Sekinchan yang disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan itu, Ng Suee Lim juga sedikit hambar.

Apa yang pasti, masyarakat Cina termasuk peniaga di pasar sari itu dilihat lebih teruja berjumpa dan bersalaman dengan Kit Siang dan Suee Lim berbanding Azhar sendiri.

Kelihatan sedikit kekok, Azhar yang turun berkempen bersama isterinya, Nor’adzimah Hassanuddin, hanya sekadar tersenyum dan kebanyakan masyarakat Tionghua yang ditemui lebih memberikan fokus perbualan kepada pemimpin DAP berkenaan.

DUN Sekinchan dalam Parlimen Sungai Besar mempunyai 16,055 pengundi berdaftar yang mana 9,139 daripadanya adalah kaum Cina, Melayu (6,524 pengundi) manakala bangsa India 363 pengundi.

Berbaki 10 hari lagi tempoh berkempen, kehadiran Azhar ke Pasar Awam Sungai Besar, di sini pula juga disambut hambar yang mana rata-rata rakyat setempat sekadar membalas senyumannya, malah ada juga yang enggan menerima risalah dan sapaannya.

Walaupun jentera PAN berusaha gigih memperkenalkan calon menggunakan pembesar suara, namun kebanyakan pengunjung pasar awam itu dilihat lebih kepada meninjau serta melihat pergerakan Azhar dan pengikutnya berbanding cuba mendekatinya.

Azhar merupakan calon pertama yang diketengahkan Pakatan Harapan menerusi PAN bagi pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi dan calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian awal pada 14 Jun manakala hari pengundian, 18 Jun ini.

PRK berkenaan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: AmanahPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd