• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Besar: Budiman Mengundi Si SK Sungai Limau

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Limau, di sini.

Beliau tiba di pusat mengundi itu pada kira-kira 8.35 pagi ini dengan ditemani bapa dan ibunya Mohd Zohdi Abdullah, 72, dan Fatona Saimin, 62, yang turut mengundi di pusat mengundi yang sama.

Bagaimanapun, isteri beliau Norma Aida Abdullah yang turut menemani tidak mengundi kerana bukan pemilih berdaftar di Sungai Besar.

“Saya harap peratusan yang keluar mengundi akan ramai kerana hari ini cuaca dilihat baik berbanding semalam yang hujan sepanjang hari,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi.

Budiman, 44, turut memaklumkan beliau akan meninjau kesemua tempat mengundi bagi melihat proses pengundian dan turut memuji kelancaran proses pengundian yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon BN itu turut yakin BN mampu meningkatkan jumlah undi di beberapa kawasan yang dianggap kubu kuat pembangkang serta berjanji akan menggalas tugas sebaiknya sekiranya diberi mandat oleh rakyat kawasan Sungai Besar.

Tiga saluran mengundi disediakan kepada 1,265 pengundi di sekolah berkenaan yang merupakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi kawasan Sungai Limau, melibatkan Melayu (1,219/96.36 peratus), Cina (41/3.24 peratus), India (3/0.24 peratus) dan kaum Bumiputera (2/0.16 peratus).

Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk PRK Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini dan akan ditutup 5 petang bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Suasana pengundian pagi ini tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat pada sebelah petang.

Penyokong dan perayu undi daripada parti-parti bertanding juga kelihatan berkumpul secara harmoni di bahu jalan, kira-kira 50 meter dari perkarangan pusat mengundi.

Sementara itu, calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur ketika ditemui pemberita juga berharap pengundi keluar awal, khususnya bagi pengundi dari kawasan pedalaman.

“Suasana hari ini seperti hari raya, menang kalah cerita kedua … suasana bagus, sepanjang perjalanan kempen kita tengok semua bagus, tidak tegang, harmoni,” katanya. – BERNAMA

Tags: Budiman Mohd ZohdiPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

Sudah Pergi Pejabat YB, Tapi Selalu Tak Ada, Adu Wanita

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd