• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Filipina Ugut Kasi Zakar Suami Lebih 3 Anak

oleh
28/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kebanyakan tokoh politik terkenal Filipina sejak sekian lama berusaha menghindarkan diri daripada bertentangan pendapat dengan pihak biskop Kristian Katolik yang cukup berpengaruh di negara itu.

Mereka mengambil sikap yang kurang jelas atau tidak agresif untuk mendorong masyarakat khasnya golongan remaja berhubung kesedaran penggunaan alat pencegah kehamilan seperti kondom bagi merancang keluarga.

Namn, sikap itu berbeza dengan Presiden Filipina yang baharu dipilih, Rodrigo Duterte apabila secara terbuka mengatakan beliau akan aktif mempromosikan usaha kempen pencegah kehamilan di negara majoriti Kristian itu.

Walaupun menyedari langkah itu berisiko mencetuskan perbalahan dengan pihak gereja Katolik yang dominan dan diketahui memang menentang dengan kuat sebarang penggunaan alat pencegah kehamilan termasuk kondom.

Duterte pada 27 Jun menyatakan, bahawa mempunyai banyak anak boleh mendorong keluarga di Filipina lebih jauh terjerumus ke dalam masalah kemiskinan tegar serta menggalakkan perancangan famili untuk mengawal kelahiran.

Presiden Filipina Ugut Kasi Zakar Suami Lebih 3 Anak

Mantan datuk bandar Davao itu bahkan menegaskan lagi saranannya untuk semua warga Filipina agar hanya mempunyai paling banyak pun cukup sekadar tiga orang anak sebagai cara menangani isu kemiskinan keluarga.

Duterte dengan nada berjenaka mengancam akan memotong alat kelamin lelaki yang membangkang kempen beliau itu kerana enggan menggunakan kondom tetapi pada masa sama tidak mampu menanggung hidup ramai anak.

Beliau juga mengemukakan tentang contoh kejayaan program perancangan keluarga ketika pernah berkhidmat sebagai datuk bandar yang paling lama memegang jawatan eksekutif tersebut di kawasan Davao, selatan Filipina.

Di sana Duterte menawarkan hadiah wang tunai kepada penduduk desa yang dengan sukarela menjalani proses vasektomi atau alat peranakan dengan kos ditanggung pihak berkuasa tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FilipinakondomRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Datuk Siti Berniqab Di Tanah Suci Elak Diganggu Peminat

Next Post

UMNO Semporna Masih Utuh – Ramlee Marahaban

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

UMNO Semporna Masih Utuh - Ramlee Marahaban

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd