• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Rombakan Kabinet Persekutuan

oleh
27/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kecil Kabinet Persekutuan menerusi sidang akhbar khas pada pukul 3.15 petang di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Paling mendapat tumpuan apabila beliau menyatakan bahawa Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan atas sebab peribadi.

Tempat beliau diisi oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang dinaikkan pangkat daripada sebelum ini ialah Timbalan Menteri Kewangan kepada jawatan menteri penuh di kementerian tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor kembali semula ke Kabinet apabila menjadi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pelantikan itu memang dijangka pelbagai pihak susulan usaha keras beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor menyaksikan kemenangan besar parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar baru-baru ini.

Noh menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi dan mengambil alih daripada Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Bekas CEO Maybank itu mengumumkan tidak menyambung jawatan selepas tamat tempoh sepenggal sebagai senator; bersama-sama dengan Datuk Seri Idris Jala yang berakhir maksimum dua penggal menjadi senator.

Sementara itu, Presiden Parti Gerakan, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong yang sebelum ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak selepas menang Pilihan Raya Negeri itu baru-baru ini mengambil alih kekosongan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan diisi Anggota Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong daripada Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang dilantik menjadi Menteri Besar Kedah.

Manakala Anggota Parlimen Silam, Datu Nasrun Datu Mansur dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggantikan allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang terlibat nahas helikopter pada 5 Mei lalu.

Pelantikan lain ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Naib Presiden MCA yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong pula kini menjadi Timbalan Menteri Kewangan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Johari.

Tempat Ahli Parlimen Kampar itu sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diambil alih Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong yang juga Naib Presiden MCA dan Ahli Parlimen Labis.

Kali terakhir rombakan Kabinet Persekutuan dilakukan ialah pada 27 Julai 2015 menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal digugurkan jawatan, bersama-sama tiga yang lain. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd