• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyusutan Pound Buat Pengurup Wang Pening Kepala

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengurup wang berlesen turut merasai kesan penyusutan mata wang pound yang disifatkan sebagai terburuk dalam tempoh tiga dekad.

Pengarah Halasuria Exchange, Datuk Abdul Sallam Packiry berkata pengurup wang tidak boleh mendagangkan mata wang pound buat masa ini.“Kadar purata berdasarkan kadar pada Khamis adalah kira-kira RM5.89 hingga RM5.90 per pound.

“Namun pelanggan tidak menjual mata wang itu kerana kadar tukaran terlalu rendah dan sebaliknya mereka lebih berminat untuk membeli.

“Namun tidak cukup stok kerana kadar tukaran masih begitu tinggi,” katanya.

Abdul Sallam berkata nilai pound mula jatuh sejak Khamis susulan undian majoriti warga Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).“Kadar susut nilai adalah kira-kira 8 peratus sejak Khamis.

“Kami tidak pernah melihat trend mengejut sebegni sebelum ini. Ini adalah penurunan terburuk sejak tahun 1985,” katanya.

Abdul Sallam berkata ringgit mengukuh kepada RM5.65 berbanding pound yang disifatkan sebagai ‘terlalu rendah’.

“Kos yang kita tanggung sekarang adalah kira-kira RM5.90.

“Saya menerima banyak panggilan daripada pelanggan yang mengatakan RM5.90 terlalu tinggi.

“Ya, tetapi ia ada kos pada Jumaat dan kadar itu yang kami guna sekarang sebagai harga runcit,” jelasnya.

Menurut Abdul Sallam, beliau terpaksa menunggu sehingga Isnin ini sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Biarlah keadaan ini kembali tenang dahulu,” katanya.

Rakyat Britain membuat keputusan memilih untuk keluar daripada blok Ke­satuan Eropah (EU) pada pungutan suara pada Jumaat, penolakan mengejutkan negara elit itu yang memberi tamparan besar kepada projek penyatuan Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Pasaran kewangan global pada Jumaat menjunam teruk sejurus keputusan penuh pungutan suara itu dikeluarkan yang menunjukkan ‘Kem Keluar’ (menyokong keluar daripada EU) menerima 51.9 peratus undian, berbanding 48.1 peratus undian memihak kepada ‘Kem Kekal’.

Mata wang pound mengalami susut nilai paling buruk dalam sejarah dengan merekodkan kejatuhan lebih 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sejak 1985. – mStar Online

Tags: Britainmata wang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd