• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Bazar Ramadan Diminta Tak Jual Makanan Basi

oleh Ahmad Albab
20/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta peniaga bazar Ramadan di negara ini agar tidak menjual makanan dan kuih muih basi kepada orang ramai yang berkunjung ke gerai mereka sepanjang Ramadan ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata KPDNKK memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan kesihatan pengguna.

Katanya, peniaga diminta untuk tidak memikir keuntungan semata-mata malah perlu bersikap membantu pengguna dan memperoleh pahala.

“Saya menasihati peniaga bazar di seluruh negara supaya jual makanan yang baik mutunya, kerana saya dapat maklumat yang mengatakan mereka menjual makanan yang sudah basi, ini tak elok terutamanya ketika puasa kebanyakan pelanggan adalah orang Islam.

“Sama-samalah kita menjaga dalam waktu kita berniaga dan berpuasa ini biarlah kita bersikap lebih berhemah iaitu bantu membantu supaya tak timbul perasaan marah dalam kalangan pengguna apabila membeli juadah berkenaan,” katanya.

Hamzah berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Agihan Wang Zakat Bank Rakyat kepada 500 penerima terdiri daripada golongan miskin dan ibu tunggal di Bangunan UMNO Batu Kurau di sini, hari ini. Penerima masing-masing menerima RM200, dua kampit beras dan kurma.

Beliau mengulas berhubung isu makanan basi yang dijual di bazar Ramadan di Kuala Berang, Terengganu, baru-baru ini selepas diviralkan di laman sosial Facebook berikutan ada pengguna yang kecewa dengan sikap peniaga menjual juadah basi.

Tambah beliau, walaupun isu berkenaan di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun KPDNKK akan tetap memantau kerana ia membabitkan pengguna.

“Saya minta peniaga dan penyedia makanan supaya memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan tidak tercemar untuk mengelak berlakunya kes keracunan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata KPDNKK akan mengadakan program Jom Beli Barang Raya di tempat letak kereta Istana Kehakiman Putrajaya pada Rabu hingga Ahad ini, mulai 10 pagi hingga 11 malam.

Hamzah berkata pihaknya menyasarkan seramai 150,000 pengunjung selain sebanyak 45 pempamer akan menjual barangan perayaan seperti pakaian, peralatan elektrik, perabot dan sebagainya.

“Orang ramai yang membeli belah di situ akan diberikan diskaun antara 20 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga di pasar raya,” katanya.

“Ini merupakan program kedua selepas program pertama diadakan pada tahun lalu yang dikunjungi 100,000 orang untuk membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya. – BERNAMA

Tags: bazar ramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

KPDN Pantau Bazar Ramadan, Pastikan Peniaga Tak Ambil Kesempatan Jual Terlalu Mahal

16/02/2025
0

PUTATAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan melakukan pemantauan di Bazar Ramadan seluruh negara, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd