• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Di Sungai Besar Puas Hati Khidmat Kerajaan BN

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Penduduk dan pengundi di Sungai Besar rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada mereka, kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata maklum balas itu diterima hasil daripada kunjungan dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO dan BN sepanjang berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

“Mereka (pengundi di Sungai Besar) berpuas hati dengan BN khususnya sumbangan yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon. Harapan mereka supaya wakil BN yang baharu (Budiman Mohd Zohdi) akan membawa kesinambungan yang baik untuk mereka nanti,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri program santai bersama usahawan wanita di Sekinchan, di sini hari ini.

Shahrizat dalam pada itu berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jentera JR di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sepanjang tempoh berkempen yang berbaki empat hari lagi.

Beliau turut memuji kesungguhan jentera sayap parti itu membantu calon BN walaupun terpaksa berkempen dalam bulan puasa.

“Saya amat bangga dengan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh jentera JR Wanita UMNO dan BN walaupun berdepan dugaan terutama bulan puasa dan mereka buat secara sukarela sehingga ramai yang turun walaupun dari luar kawasan,” katanya.

Shahrizat turut meminta pengundi di Parlimen Sungai Besar terutama pengundi wanita supaya terus memberi sokongan kepada BN kerana ternyata hanya parti itu yang mampu memastikan kestabilan dan kemajuan terhadap negara serta kawasan Parlimen itu.

“Sungai Besar maju kerana Anggota Parlimen daripada BN. Ramai penduduk sini berniaga dan ini mereka mampu jalankannya kerana kawasan ini di bawah BN. Kalau kita nak berniaga pun, ada produk yang cantik ada sistem yang baik, tetapi kalau negara atau kawasan kita tidak stabil ia takkan jadi,” katanya.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak diadakan berikutan kematian penyandangnya Noriah dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pengundian diadakan serentak pada 18 Jun.- BERNAMA

Tags: PRK Sungai BesarShahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd