• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengalaman Ikut Arwah Bapa Jadi Panduan Anak-Anak

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Pengalaman mengikuti Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mendekati masyarakat sebelum ini menjadi panduan kepada anak-anaknya untuk berkempen bagi pihak ibu mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Anak sulung Allahyarham, Wan Emir Astar, 26, berkata ia akan dijadikan strategi untuk mereka empat beradik membantu ibunya, Datin Mastura Mohd Yazid yang menjadi calon Barisan Nasional pada PRK itu.

“Pengalaman mengikuti arwah papa turun mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan akan dijadikan rujukan untuk berkempen mewakili ibu kali ini,” katanya yang menggalas tanggungjawab besar membantu ibunya yang tidak dapat berkempen kerana sedang dalam edah.

Beliau melihat sendiri bapanya mengatur aktiviti dan ia akan dijadikan panduan dalam mengatur strategi berkempen bersama tiga adiknya.

“Kami kini diberi kebebasan untuk mengatur kempen mengikut keadaan serta masa yang sesuai selain mendapat sokongan dan nasihat daripada bilik gerakan BN.

“Syukur kami yakin boleh mengatur pertemuan dengan lebih ramai pengundi di kawasan kampung atau mana-mana kawasan Parlimen ini,” katanya yang sedang bercuti daripada mengikuti pengajian dalam bidang reka bentuk dan seni bina di Universiti Kingston, London.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir melawat Bilik Gerakan BN bersama dua adiknya Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19, di Safari Resort, di sini hari ini. Seorang lagi adiknya, Wan Imar Izzat, 25, tidak hadir.

Wan Emir berkata setiap kali keluar berkempen juga, ibunya tidak akan lupa untuk menyampaikan salam kepada masyarakat yang akan ditemui beliau dan adik-adik.

“Ibu juga sering mengingatkan kami bahawa beliau memang mahu meneruskan kesinambungan perjuangan arwah papa kerana berasa dirinya amat rapat dengan papa dan karier politiknya,” katanya.

Pada 5 Mei lepas, bapanya, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga penyandang kerusi parlimen Kuala Kangsar terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas.

Pengundian PRK itu diadakan pada 18 Jun. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd