• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengajaran Paling Berguna Buat Perempuan Mata Duitan

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ia merupakan satu pengajaran yang paling pahit bagi seorang perempuan apabila dia sanggup menipu kekasihnya semata-mata untuk menaiki jet peribadi milik seorang lelaki tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya cuba mempermainkannya.

Lelaki berkenaan, Coby Persin, dari New York, adalah bintang YouTube dan sering muncul dengan video-video mempersendakan orang ramai.

Kali ini dia mendekati seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lauren. Pada mulanya Lauren tidak berminat dengan Coby dan memaklumkan bahawa dia sedang menunggu kekasihnya.

Namun apabila `pemandu’ Coby meminta Coby beredar dari situ dengan segera kerana jet mereka akan berlepas dalam masa 20 minit, Lauren telah membuka mata.

Dia terkejut apabila mendengar Coby mempunyai jet dan Lauren terus bersetuju untuk mengikut Coby menaiki jet ke Miami.

Sebelum jet itu berlepas, Lauren menghubungi kekasihnya dan berbohong yang dia tidak sihat serta tidak dapat bertemu dengan teman lelakinya itu.

Sebaik sahaja Lauren meletakkan telefon, Coby meminta Lauren turun dari jet itu kononnya untuk merakamkan gambarnya yang melambai di tingkap pesawat berkenaan.

Coby kemudiannya berkata : “Awak bersedia? Sebenarnya saya tidak suka pengikis dan awak tidak akan masuk ke dalam jet saya. Halau dia. Dia tidak sepatutnya berada di sini….saya tidak kenal dia’’.

Lauren akhirnya diiring keluar dari kawasan berkenaan oleh kakitangan lapangan terbang.

Coby kemudiannya memuatnaik adegan berkenaan dalam YouTube dengan tajuk `Private Jet Gold Digger Prank! dan video itu telah ditonton lebih 185,000 kali.

Tags: gadisprank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Sambut Hari Jadi Minggu Orientasi, Fasilitator Mohon Maaf

‘Prank’ Sambut Hari Jadi Minggu Orientasi, Fasilitator Mohon Maaf

04/10/2024
0

JOHOR BAHRU - Fasilitator Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor yang tular baru-baru ini kerana membuat ‘prank’ ketika Minggu Destini...

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

07/04/2021
0

CHERATING - Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd