• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Pelancong Didakwa Kendali Harta Pengganas Abu Sayaf

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Seorang pemandu pelancong didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengendalikan harta pengganas.

Lisoffuan Abdullah,37, didakwa dengan pengetahuan mengendalikan harta pengganas yang bernama Muhammad Joraimee Awang Raimee, 41, yang merupakan anggota Kumpulan Pengganas Abu Sayyaf dengan cara memberikan perkhidmatan kewangan iaitu membenarkan kemasukan dan pengeluaran wang dari akaun Maybank bagi memberi manfaat kepada pengganas berkenaan.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Maybank Cawangan Bayan Lepas, di i-Avenue, Medan Kg Relau 1, Bayan Lepas dekat sini antara 21 Okt tahun lalu hingga 29 April lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 130Q (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta terbabit.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai baju-T berwarna putih dan berseluar jeans biru itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzzuin Abdul Moati.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kes itu tidak boleh dijamin di bawah Kanun Acara Jenayah.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan kes itu. – BERNAMA

Tags: abu sayyafmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd