• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Bekas Isteri

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mencederakan bekas
isterinya.

Muhd Rafiq Thangaraj Abdullah, 54, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Noor Shida Ismail, 56, yang ketika itu adalah isterinya, di rumah mereka di Jalan 1/27D, Seksyen 6, Wangsa Maju di sini pada 11 malam, 13 Mac 2015.

Muhd Rafiq yang telah mengamalkan amalan guaman selama 31 tahun, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin dan melarang peguam itu mengganggu bekas isterinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menawarkan ikat jamin RM10,000 kerana ia membabitkan kes keganasan rumah tangga yang serius.

Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili peguam M. Athimulan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan memandangkan Muhd Rafiq menanggung lima orang anak dengan tiga yang pertama, sedang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM25,000 sebulan termasuk ibu bapanya.

Mahkamah menetapkan 15 Julai untuk sebutan kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahpukul isteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd