• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pedofil: Huckle Pediam Tapi Berhati Binatang

oleh Ahmad Albab
11/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketika pelajar lain membentangkan pelbagai subjek, individu yang suka menyendiri dan duduk di belakang kelas menunjukkan potret kanak-kanak sebagai sebahagian daripada tugasannya untuk kursus di sebuah kolej.

Ia adalah petanda sisi gelap pesalah pedofil, Richard Huckle yang tidak diketahui ramai sehingga kegiatan tidak senonohnya terbongkar.

“Kanak-kanak menjadikan kira-kira 70 peratus daripada satu tugasannya. Pada waktu itu, kami menyangkakan kanak-kanak itu comel,” kata bekas rakan sekelas Huckle.

Pelajar dari Malaysia yang enggan namanya didedahkan menghadiri kursus bersama dengan Huckle di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur selama satu semestar.

Menyifatkan Huckle sebagai seorang pendiam dan jarang berinteraksi dengan rakan-rakan kelas yang lain, pelajar itu berkata warga Britain tersebut sering ponteng kelas.

Malah, pelajar itu berkata Huckle seorang yang pediam yang “anda mungkin perlu tampar untuk membuatkannya bercakap.

“Kami memanggilnya ‘Bean’,” kata pelajar itu yang menyamakan karakter Huckle seperti Mr. Bean.

Menurut pelajar itu, Huckle tidak berkawan dengan mana-mana rakan sekelas dan suka menyendiri.

“Dia akan duduk di belakang kelas. Satu perkara yang kami tahu mengenainya adalah dia seorang jurugambar bebas,” katanya.

Apabila kegiatan jenayah Huckle terpampang di dada akhbar, bekas rakan sekelas Huckle merasakan gambar lelaki tersebut seperti pernah dilihat.

Berita itu amat mengejutkan dan tersebar dengan pantas di kalangan pelajar.

“Apabila pensyarah menghantar mesej kepada saya bertanya ‘bukankah ini rakan sekelas anda?’, saya tahu lelaki itu adalah Huckle.

“Saya tidak menyangka dia melakukannya. Dia amat pendiam. Anda tidak fikir orang seperti ini akan melakukan semua perkara itu. Tapi sekarang kita tahu apa yang dia lakukan.

“Kita tidak boleh membantu tetapi fikir jika dia melakukan perbuatan keji terhadap kanak-kanak semasa berada dengan kami.

“Saya tertanya-tanya apa yang dia lihat di skrin komputer ketika berada di dalam kelas,” kata pelajar itu.

Awal minggu ini, Huckle dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London kerana melakukan serangan seksual terhadap 23 kanak-kanak warga Malaysia dan bayi dari Kemboja selama hampir satu dekad.

Huckle ditahan ketika berada di Lapangan Terbang Gatwick pada 2014 selepas kumpulan penyiasat menemukan lebih daripada 20,000 gambar lucah dan video kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan Huckle sebelum ini dalam komputer riba dan kamera miliknya.

Koleksi peribadi lelaki pedofilia itu kemudian dikongsi ke seluruh dunia menerusi satu laman web dikenali sebagai ‘laman web gelap’. – mStar Online

Tags: pedofilRichard Huckle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak ‘Bertiktok’ Boleh Jadi Ketagihan, Sasaran Pedofil

01/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Boleh dikatakan aplikasi video TikTok adalah antara platform media sosial yang popular masa kini, bukan sahaja dalam...

Huckle Penjenayah Pedophilia Mati Ditikam

15/10/2019
0

LONDON - Lelaki Britain yang dipenjarakan kerana terlibat dalam pelbagai jenayah seks terhadap kanak-kanak di Malaysia ditikam sehingga mati di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd