• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Letak Ahmad Termizi Calon PRK K.Kangsar

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menamakan bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Pengumuman Ahmad Termizi, yang juga merupakan naib ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar itu dibuat oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu di Kota Lama Kanan, Jalan Sayong, di sini malam tadi.

Ahmad Termizi, berasal dar Kampung Suak Perai, Manong di sini, mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam Fizik Perubatan dari University Swansea, Wales.

Beliau, yang merupakan seorang saintis, juga adalah Anggota Jawatankuasa Biro Politik Amanah Perak.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 5 Mei lalu dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Barisan Nasional (BN) menamakan balu Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calonnya, manakala PAS meletakkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Sementara itu, penolong setiausaha Pemuda UMNO cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas. – BERNAMA

Tags: pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Menderita Perut ‘Membusung’

Next Post

RUU Mahkamah Syariah Tak Beri Kesan Pengundi Bukan Melayu

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

Next Post

RUU Mahkamah Syariah Tak Beri Kesan Pengundi Bukan Melayu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd