• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator Kilang Dipenjara 3 Hari, Denda RM5,000

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lagi penunggang motosikal yang berlagak ‘superman’, dihukum penjara tiga hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas operator kilang Muhammad Badrishah Zulkiflly, 20, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu mulai hari ini dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh hilang kelayakan mendapatkan lesen selama dua tahun.

Muhammad Badrishah didakwa menunggang motosikal jenis Yamaha 110SS secara berbahaya dengan mengangkat kedua-dua kaki lurus ke belakang yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di Lebuh Raya Duta – Ulu Klang (DUKE), pukul 5 pagi, 15 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, ketika Ops Samseng Jalanraya dijalankan ternampak tertuduh menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya aksi ala Superman, di Lebuhraya Duke.

Pegawai Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan itu kerap berlaku manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibunya yang sakit. – BERNAMA

Tags: Mat RempitPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd