• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi LRT Dari Putra Heights Ke Bandaraya Mulai Hari Ini

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk bergerak dari Putra Heights menuju pusat bandar raya Kuala Lumpur selepas Projek Penyambungan Jajaran (LEP) mulai beroperasi sejak pukul enam pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata menerusi projek itu sebanyak 15 buah stesen baharu dibuka termasuk stesen integrasi Putra Heights yang menemukan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling.

“Dari Putra Heights, anda boleh memilih sama ada hendak menggunakan Laluan Kelana Jaya atau Laluan Sri Petaling/Ampang berdasarkan destinasi anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Putra Heights, dua lagi stesen baharu dibuka di Laluan Sri Petaling/Ampang iaitu Puchong Prima dan Puchong Perdana.

Dalam pada itu, katanya selain kemudahan perjalanan terus ke bandar raya dan kemudahan pertukaran laluan untuk penumpang, projek LEP itu turut menyediakan silih-sambungan dengan perkhidmatan Komuter dan Bas Rapid Transit (BRT)-Laluan Sunway.

pmlrt

“Kesambungan perkhidmatan bas elektrik BRT-Laluan Sunway disediakan oleh stesen USJ 7 manakala pertukaran dengan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-Rawang disediakan oleh stesen Subang Jaya yang merupakan dua stesen baru di bawah penyambungan jajaran LEP Kelana Jaya,” katanya.

Supuluh lagi stesen baharu bagi Laluan Kelana Jaya adalah Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, SS15, SS18, Taipan, Wawasan, USJ21, Awan Megah dan Subang Alam.

Sementara itu, Ahmad Nizam berkata serentak dengan pembukaan 15 stesen itu, Rapid Bus turut akan memulakan perkhidmatan bas pengantara bagi memastikan para penumpang dapat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan tenang dan selesa.

“Butiran penuh mengenai jadual dan kekerapan bas ini boleh didapati di laman web www.myrapid.com.my. Anda juga boleh mendapat maklumat mengenai kemudahan ‘parkir dan gerak’ atau ‘park ‘n ride’ untuk meletakkan kenderaan anda sekiranya memilih untuk tidak menaiki bas,” katanya.

Beliau berkata bagi bulan pertama perkhidmatan itu tiada bayaran dikenakan ke atas kawasan ‘parkir dan gerak’ dan untuk menjimatkan perbelanjaan para penumpang disaran menggunakan pakej bulanan MyRapid SMART 30 dan pakej mingguan SMART 7. – BERNAMA

Tags: LRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Program Cium ‘Tapak Kaki’ Nabi Terima Kecaman

Next Post

Nombor Plat 88888 Bawa Sial Kepada Pemandu Ini

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

Nombor Plat 88888 Bawa Sial Kepada Pemandu Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd