• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Akui PAN Sukar Dekati Pengundi Sungai Besar

oleh Ahmad Albab
11/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui Pakatan Harapan yang diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) menghadapi laluan sukar mendekati pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Beliau yang ditemui Bernama ketika berkempen bagi calon Amanah di Pasar Awam Sungai Besar di sini hari ini berkata sukar bagi parti baharu seperti Amanah untuk menembusi pasaran dan jentera Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

“Jadi pada saya, kerana itulah kita kena bertungkus-lumus dan petugas kami pun memakai baju Amanah untuk memperkenalkan logo calon dan juga kita (Pakatan Harapan) pilih calon tempatan,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, Pakatan Harapan akan lebih sensitif dalam berkempen ketika bulan puasa ini terutama selepas insiden papan iklan bersifat provokatif yang didirikan oleh sekutunya DAP di sekitar pekan Sekinchan.

Pada PRK itu, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur selaku Pengerusi Amanah Sungai Besar ditentang calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi manakala PAS mempertaruhkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dengan 67.16 peratus pengundi Melayu, 30.70 peratus pengundi Cina, 1.92 peratus pengundi India dan 0.22 peratus pengundi kaum-kaum lain. – BERNAMA

Tags: Nurul IzzahPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Beri Tumpuan Pada Sekolah Kategori C Banteras Dadah

Next Post

PAS Tidak Layak Tadbir Negara – Kit Siang

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

PAS Tidak Layak Tadbir Negara - Kit Siang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd