• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai Parti Lain?

oleh
27/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, mengesahkan mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu.

“Kami ada menerima banyak tawaran secara tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam.

“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” kata beliau dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, di sini pada Ahad.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau dan bekas menteri besar Kedah itu berhasrat meneruskan perjuangan politik menerusi platform politik baharu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.

muhyiddin-mukhriz

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata pada masa ini beliau dan Mukhriz masih mengadakan perbincangan serta sedang mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.

Jumaat lepas, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu, dan menggantung keahlian Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.

“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin YassinMukhriz MahathirpolitikUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Individu Diberkas Bersama Pelbagai Mercun Dan Bunga Api

Next Post

Fahami Isu Pemecatan Muhyiddin Dan Mukhriz

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Fahami Isu Pemecatan Muhyiddin Dan Mukhriz

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd