• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Model Tangan’ Bimbang Asetnya Terjejas

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki yang memperolehi pendapatan hingga £1,000 sehari dengan menjadi model tangan, mengakui dia tidak pernah melakukan kerja-kerja rumah bagi mengelakkan asetnya itu terjejas.

Sebaliknya. Stuart Reed, 44, dari Notting Hill, London, menyerahkan semua tugasan di rumah kepada teman wanitanya, Suzanne Woririca.

Sebagai model tangan, hanya tangannya digunakan untuk mempromosikan sesuatu produk.

Reed yang menghabiskan masa berjam-jam bagi menjaga tangannya itu turut mengelak daripada menukar tayar, menukar lampu, memasak, mencuci serta pekerjaan lain yang boleh menjejaskan atau memberikan parut di bahagian tangan atau tapak tangannya.

'Model Tangan' Bimbang Asetnya Terjejas

“Ramai orang ketawa apabila saya nyatakan bahawa saya tidak pernah membuang sampah atau mengetuk paku tetapi apabila mereka tahu saya adalah model untuk tangan, mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut,’’ kata Reed yang turut menjadi model jam tangan dan minuman keras.

Jelasnya, dia bukan sengaja mengelak daripada melakukan kerja rumah namun semua pekerjaan itu boleh memberikan risiko kepada tangannya.

“Saya menggunakan minyak badam pada waktu pagi dan malam dan saya sering memakai sarung tangan walaupun pada musim panas kerana walaupun parut kecil atau bengkak, ia boleh menyebabkan saya hilang pekerjaan,” katanya.

Reed mula menjadi model ketika mengembara ke Australia pada usia 24 tahun dan dia sendiri tidak menyangka pekerjaannya itu akan bertahan sehingga lebih 20 tahun.

Karier pertama Reed adalah menjadi model tangan untuk katalog baju Korea dan sejak itu dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi.

Tangan Reed kini muncul dalam iklan untuk televisyen dan percetakan termasuk Iceland, Sainsbury’s dan Nivea.

Reed juga dipilih untuk iklan Hugo Boss bersama dengan Jared Leto dengan tangannya digunakan dalam iklan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: model
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd