• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Kedah Dipindahkan Ke Hospital Besar P.Pinang

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Sabtu lalu bagi komplikasi usus, hari ini dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang.

Beliau dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang pada kira-kira 2.30 petang, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

“Hospital tersebut mempunyai kelengkapan yang lebih terkini dan lengkap dan beliau juga akan dirawat oleh pakar yang lebih khusus,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Bashah pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah di Hotel Grand Alora di sini kira-kira pukul 7 malam Sabtu, sebelum dikejarkan ke KMC pada 7.15 malam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din dalam sidang media semalam berkata menteri besar disahkan mengalami komplikasi usus namun tidak serius dan berada dalam keadaan stabil.

Shaiful Hazizy berkata keadaan menteri besar adalah amat baik dan positif, serta meminta pihak tertentu agar tidak membuat sebarang spekulasi liar mengenai kesihatan beliau.

“Media juga dinasihatkan menerima perkembangan daripada saluran rasmi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Menteri Besar sahaja,” katanya dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd