• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MATTA Fair 2016 Kembali Pada 2-4 September 2016

oleh AK-47
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), mengumumkan penganjuran pameran pelancongan peringkat kebangsaan yang akan bermula dari 2 hingga 4 September 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam satu sidang media bertempat di Wisma MATTA, di sini, hari ini.

MATTA Fair 2016 Kembali Pada 2-4 September 2016

Sidang media tersebut dipengerusikan oleh pengerusi MATTA sendiri iaitu Datuk Hamzah Rahmat. Turut hadir ialah Setiausaha Agung Kehormat, Nigel Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Phua Tai Neng.

Bagi pameran pelancongan MATTA yang dijadualkan berlangsung pada September akan datang, Terengganu diangkat sebagai ‘Destinasi Paling Digemari’ rakyat Malaysia memandangkan tahun 2017 adalah tahun melawat negeri itu. Manakala di rantau ASEAN pula, Indonesia menjadi destinasi popular pelancong berbanding negara-negara ASEAN yang lain.

Sebanyak 1,246 booth disediakan untuk agensi pelancongan tempatan dan ASEAN di Hall 3 dan 4 PWTC. Berdasarkan dari jumlah keseluruhan, hanya 89 booth sahaja tinggal sehingga hari ini.

MATTA Fair 2016 Kembali Pada 2-4 September 2016

“Sejak hari pertama pendaftaran dibuka pada 1 Jun lalu, booth antarabangsa oversubsribed dari jangkaan,” katanya.

Selain itu, Hamzah juga turut mengumumkan bahawa MATTA Fair Penang kembali menyertai pameran pelancongan itu setelah empat tahun tidak mengambil bahagian. Ianya dijangka berlangsung pada 23 hingga 25 September 2016 bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang dan akan menjadi acara tahunan MATTA.

Dalam pada itu, Hamzah juga turut menjelaskan bahawa pihaknya masih lagi meneruskan promosi Umrah Pavilion dengan menawarkan pakej-pakej Umrah dari ejen-ejen pelancongan yang bertauliah.

Bagaimanapun berdasarkan statistik penganjuran MATTA yang diadakan pada Mac lalu, seramai 113, 121 pengunjung hadir ke pameran tersebut dan jualan yang diperolehi semasa pameran tersebut adalah melebihi RM200 juta.

Oleh itu, bagi penganjuran MATTA yang akan datang, Hamzah berharap ianya mampu mencapai sasaran seperti penganjuran MATTA yang diadakan pada bulan Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MATTA Fairpwtc
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba KL Perhebat Operasi Sempena Aidilfitri

Next Post

Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu

Related Posts

Mesyuarat Tergempar Dihadiri Ahli Parlimen BN

26/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat tergempar diadakan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)...

‘Bulan’ Berkibar Megah Bersama ‘Sang Saka Bangsa’ Di PWTC

13/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya bendera PAS berkibar sama aras dengan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’...

Next Post

Fesyen Baju Raya Makin Lama Makin Merapu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd