• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mastura Sedia Tunai Tanggungjawab Mengundi

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang masih dalam tempoh edah, kini bersedia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria kepada Bernama pada Sabtu lepas, Mastura, 55, bersyukur apabila pakar agama itu menjelaskan beliau boleh keluar mengundi.

“Alhamdulillah, saya akur dengan nasihat beliau kerana sebelum ini pun saya menuruti nasihatnya mengenai keadaan saya (edah) ketika ini,” katanya dalam satu wawancara khas dengan beberapa agensi media di kediamannya di Bukit Chandan di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas, Harussani ketika dihubungi Bernama menjelaskan, calon BN itu boleh keluar mengundi, namun perlu menjaga adab, mematuhi etika berpakaian yang bersesuaian dan tidak terlalu menonjolkan diri kepada khalayak ramai.

Harussani berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Mastura yang mahu merujuk kepada pakar agama berhubung perkara berkenaan.

Mastura berada dalam tempoh edah berikutan kematian suaminya yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Berikutan berada dalam dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari yang akan berakhir pada pertengahan September ini juga menyebabkan beliau menghadapi kekangan untuk berkempen pada PRK itu.

Pusat mengundi bagi Mastura ialah di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas. – BERNAMA

Tags: Datin Mastura Mohd YazidPRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

Lagu ‘Demi Cinta’ Untuk Penduduk Kuala Kangsar

07/05/2018
0

KUALA KANGSAR - “Ayuh bangun, bersatu nawaitu, demi Kuale ku, mari berjuang panjatkan doa, Kuale kita punya,” demikian antara rangkap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd