• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perluas Penanaman Jagung Bijirin

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan memperluas penanaman jagung bijirin dalam negara bagi mengurangkan kebergantungan pengimportan tanaman itu yang mencecah berbilion ringgit setiap tahun.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penanaman pertama secara komersial akan dimulakan di Kemaman, Terengganu bermula hujung bulan ini.

Beliau berkata Malaysia mengimport sehingga empat juta metrik tan jagung bijirin bernilai RM33.33 bilion setahun.

“Walaupun import ini memberikan defisit dagangan agromakanan negara sehingga RM18.1 bilion, ia perlu dilakukan bagi memastikan jaminan bekalan makanan ayam sebagai sumber protein termurah untuk rakyat.

“Bagi mengatasi masalah kenaikan harga jagung ini, usaha-usaha penanaman jagung bijirin dalam negara akan dimulakan dan diperluasgiatkan di dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata demikian berikutan rungutan Persatuan-persatuan Persekutuan Penternak Malaysia (FLFAM) yang menyatakan kegusaran mereka terhadap kenaikan harga jagung bijirin import yang meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Presiden FLFAM, Jeffry Ng Choon Ngee berkata sejak Mei lepas, harga jagung import telah naik daripada RM800 kepada RM1,200 satu tan metrik sekarang.

Beliau berkata keadaan ini telah menambah bebanan penternak ayam di negara ini kerana jagung bijirin merupakan bahan mentah utama dalam formulasi makanan ternakan ayam antara 60 hingga 65 peratus.

“Akibat peningkatan ini, penternak-penternak tempatan kini terpaksa menanggung peningkatan harga makanan ternakan yang tinggi,” katanya.

Ng berkata 80 hingga 90 peratus daripada jagung bijirin yang digunakan di Malaysia diimport dari Argentina.

Selain daripada masalah kenaikan harga, beliau berkata mereka juga berdepan masalah kelewatan penghantaran bekalan berikutan perkhidmatan pelabuhannya tergendala susulan banjir besar dialami Argentina tahun ini.

“Buat masa ini, sebagai alternatif, kami mengimport bekalan jagung bijirin dari beberapa negara Asia Selatan yang sebahagiannya kurang berkualiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberytanaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

Bekalan Tanaman Mencukupi Untuk Musim Tengkujuh

17/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yakin bekalan sayuran dan tanaman lain di seluruh negara mencukupi sepanjang musim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd